Daurah Khas: Al-Dhuha dan Al-Syarh
Siri Tadabbur Surah Pilihan melalui Tafsir Al-Jalalayn
Sebuah sesi tadabbur dan penghayatan Surah Al-Dhuha dan Al-Syarh dengan menelusuri makna serta pengajaran ayat berdasarkan Tafsir Al-Jalalayn.
Daurah ini sesuai untuk mereka yang ingin memahami mesej dan hikmah kedua-dua surah dengan lebih dekat serta mengambil pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Bersama: Ustaz Muzuza
Pelajar Sarjana Bidang al-Quran, UniSZA & penulis 6 buah buku agama
Tarikh: 11 Oktober (Ahad)
Masa: 8.00 – 10.00 pagi
Tempat: Secara online di Google Meet
Tiket: RM20 seorang
Tiket Promo: RM30 untuk 2 peserta
Kenapa Perlu Sertai?
✨ Lebih memahami mesej Surah Al-Dhuha & Al-Syarh
Kedua-dua surah ini membawa mesej tentang harapan, ketenangan, pertolongan Allah dan kekuatan menghadapi ujian.
✨ Belajar tadabbur berpandukan Tafsir Al-Jalalayn
Bukan sekadar membaca terjemahan, tetapi memahami makna ayat berdasarkan tafsir yang muktabar.
✨ Menghubungkan ayat dengan kehidupan
Melihat bagaimana pengajaran daripada kedua-dua surah boleh dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
✨ Luangkan masa untuk mendekati al-Quran
Sediakan dua jam untuk berhenti seketika daripada kesibukan dan kembali menghayati kalam Allah.
✨ Menambah bekalan ilmu dan penghayatan
Semoga sesi ini menjadi ruang untuk kita lebih mengenali al-Quran, menghayati mesejnya dan mengambil manfaat daripadanya.
Terma & Syarat
• Semua bayaran yang dibuat adalah dianggap sebagai persetujuan untuk menyertai program dan tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
• Sekiranya peserta tidak dapat hadir, penyertaan boleh dipindah milik kepada peserta lain dengan memaklumkan kepada pihak urus setia.
• Pautan Google Meet, pautan group WhatsApp dan maklumat lanjut program akan diberikan selepas pendaftaran berjaya.
• Peserta bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan semasa pendaftaran adalah tepat.
• Rakaman kelas disediakan untuk rujukan peserta dan tidak boleh diedarkan atau dikongsi kepada pihak luar tanpa kebenaran pihak penganjur.
• Sebarang perubahan berkaitan program akan dimaklumkan melalui saluran rasmi pihak penganjur.
Jom tadabbur bersama. Bukan sekadar membaca surah, tetapi memahami mesej yang Allah sampaikan kepada kita.